Nahas DUKE: Polis tak perlukan bantuan MIROS

Ketua-Trafik-Pasukan-SAC-Dato-Fuad-Abdul-Latiff.-600x360

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Fuad Abd Latiff

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Polis Trafik tidak memerlukan bantuan Institut Penyelidikan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam siasatan kemalangan di Lebuhraya DUKE, Sabtu lalu, kata Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Fuad Abd Latiff.

Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi meminta MIROS bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung nahas itu.

“Pembabitan MIROS dalam siasatan polis juga tidak diperlukan kerana peranan badan itu adalah untuk menjalankan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya.

“Saya terpanggil untuk merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyatakan terdapat banyak pihak mempertikaikan kemalangan antara dua kereta Perodua MyVi dengan pacuan empat roda model Pajero Sports, hari ini.

“Ingin dijelaskan, rata-rata di media sosial, isu hanya mempertikaikan mengenai kegiatan kereta berlumba dengan kelajuan yang tinggi sehingga menyebabkan kemalangan maut itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan terhadap kes kemalangan itu sudah 90 peratus siap.

Katanya, siasatan dijalankan dari pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana pelanggaran berlaku serta mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai menjadi punca kemalangan.

Sehubungan itu, Mohd Fuad berharap orang ramai tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan spekulasi negatif sehingga membangkitkan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap PDRM.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian