Pandikar Amin mengaku kebenaran pendedahan Tun M

pandikat

KUALA LUMPUR, Selasa – Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini mengaku kebenaran pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Bercakap pada sidang media di kediamannya, beliau berkata, beliau dan Tun Mahathir tidak berbohong dalam perkara itu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbohong dalam hal ini dan saya tidak berbohong kerana semua ini diketahui Perdana Menteri,” katanya.

Pandikar mengakui telah menyerahkan surat peletakan jawatan, namun Datuk Seri Najib Razak enggan menerimanya.

Dalam pertemuan bersama Najib pada 19 Mac lalu, Pandikar mengakui mengadu masalah pentadbiran Parlimen.

“Tetapi PM telah ambil langkah segera, lantik pentadbir baharu Parlimen yang saya boleh bekerjasama. Lepas itu saya ambil keputusan untuk teruskan tugas saja,” katanya.

Pandikar turut tidak menyangka Tun Mahathir akan menghebohkan keluhan hatinya kepada umum.

“Memang saya ada jumpa dia (Tun Mahathir) pada 13 Mac lalu, hari Jumaat masa itu di pejabatnya untuk bincang mengenai beberapa isu termasuk isu politik negara.

“Saya pun tidak menyangka Tun akan bertindak sebegitu. Luahan antara saya dengan dia hanya seperti seorang ayah dan anak saja,” katanya.

Pada Sabtu lalu, dalam program Bicara Negara di Ipoh, Tun Dr Mahathir mendedahkan Pandikar Amin sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat itu lantas menafikan beliau berbuat demikian.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian