PAS mesti singkir ultra kiasu dalam parti

masjid-2

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – PAS dinasihatkan supaya membersihkan dahulu pemimpin ultra kiasu yang ada dalam parti itu yang menjadi duri dalam daging yang semakin membarah.

Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, berkata pemimpin ultra kiasu dalam PAS yang menyokong ketua ultra kiasu mempunyai agenda lain.

“Mereka mahu dilantik menjadi menteri apabila ultra kiasu berjaya merampas Putrajaya suatu masa nanti. Islam bukan lagi menjadi keutamaan kepada pemimpin ultra kiasu PAS. Selain agenda peribadi, matlamat mereka adalah untuk membalas dendam terhadap UMNO,” katanya.

Justeru, beliau berharap pimpinan tertinggi PAS dapat membersihkan ultra kiasu di dalam parti yang semakin menjadi barah.

Ustaz Ridhuan Tee juga berasa pelik apabila kenyataan ketua ultra kiasu yang menentang pendirian PAS mengenai hudud dipertahan oleh pemimpin ultra kiasu dalam PAS sendiri atas alasan ketua ultra kiasu itu tidak faham mengenai Islam.

“PAS mendesak ketua ultra kiasu memohon maaf atas kenyataan celuparnya, mengkritik hudud ketika berceramah di pentas PAS Kota Bharu.

“Peliknya, kenyataan tersebut dikeluarkan dalam majlis PAS sendiri. Apa motif Ketua PAS Kota Bharu menjemput ketua ultra kiasu itu sedangkan PAS sudah tahu pendiriannya terhadap hudud? Tidak mungkin PAS buta? Seluruh dunia tahu pemimpin ultra kiasu dan majoriti pengikutnya adalah penentang tegar hudud?isma-slv-front-49

“Sekian lama berkawan, apakah masih tidak faham lagi tentang hudud yang diperjuang PAS? Apa yang ultra kiasu PAS lakukan selama ini? Sibuk berpolitik hingga lupa berdakwah?,” katanya dalam tulisan di Sinar Harian, hari ini. 

Ustaz Ridhuan Tee berkata, ultra kiasu sengaja buat tidak faham kerana sudah menjadi dasar mereka menentang apa juga program berkaitan Islam.

“Pendek kata, mereka adalah musuh Islam dan tidak mahu iktiraf keistimewaan Islam dalam Perlembagaan.

“Mereka turut memberi alasan, lawatan ke Jordan dan Mesir membuktikan negara yang seratus peratus Islam pun tidak melaksanakan hudud, kenapa Pas mahu melaksanakannya dalam negara berbilang kaum?. Kenapa tidak melawat Brunei yang dihuni lebih 20 peratus orang Cina?

“Lawatan mereka ke Timur Tengah, bukan semata untuk menghasut dan mempengaruhi pelajar-pelajar kita di sana, tetapi mencari hujah untuk memperlekehkan perjuangan PAS. Apakah ini sifat seorang rakan sepakatan?,” katanya.

Beliau berkata, ultra kiasu tidak pernah percaya kepada PAS, sebaliknya mereka berbaik dengan parti Islam itu semata-mata untuk kuasa dan undi.

Justeru, katanya, sebelum PAS tersingkir, lebih baik parti itu menyingkirkan dahulu ultra kiasu PAS yang menjadi duri dalam daging.

“Selama ini, tanpa sokongan ultra kiasu, PAS masih boleh bertahan. Paling tidak di Kelantan.

“Apakah PAS sanggup berkawan dengan musuh yang jelas musuh? Tetapi tidak langsung menghulur tali untuk bersama saudara sendiri, seperti UMNO?

“Amaran demi amaran telah dikeluarkan oleh ultra kiasu agar PAS keluar dari PR jika masih mahu perjuangkan hudud.

“Kepada pemimpin ultra kiasu dalam PAS, ingatlah pesan Datuk Haron Din, Mursyidul Am Pas, musuh Islam sentiasa akan mencari ruang untuk menyebut perkara negatif tentang Islam,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian