PasMa mahu jadikan PAS ‘budak suruhan’ DAP

Percaturan terus dibuat pastikan kumpulan mereka kuasai kepemimpinan tertinggi PAS

zuhdi

Oleh Azri El

BANGI, Jumaat – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebuah NGO mesra DAP, sedang giat merencana untuk memastikan kumpulan mereka menguasai jawatan dalam pemilihan PAS awal bulan depan.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, langkah itu jelas dapat dilihat dengan PasMa dibelakang kempen Ustaz Ahmad Awang, calon yang mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS.

“PasMa dalam muktamar kali ini, dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan.

“Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi ‘budak suruhan DAP’ dalam PR.

“Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sebagaimana yang diuar-uarkan oleh mereka baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhdi berkata, PasMa adalah ‘jenama baru’ kumpulan progresif dalam PAS, yang telah wujud sejak tahun 1998 lagi.

Kumpulan ini kata Zuhdi, tidak menginginkan PAS kuat dalam PR dan tegas mempertahankan dasar serta tema perjuangan.

“Mereka lebih rela PAS menjadi lunak dalam PR khusus terhadap DAP, dengan mengambil sikap menyembunyikan dasar dan tema perjuangan Islam demi meraikan desakan DAP,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian