PBB desak Myanmar beri status warganegara Muslim Rohingya

rohingya makan nasi

NEW YORK, SABTU – Pemerintah Myanmar terus mendapat tekanan antarabangsa berhubung nasib etnik muslim Rohingya negara itu. Terkini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Myanmar untuk memberi status kewarganegaraan kepada Rohingya.

Pegawai Kanan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), Volker Turk, berkata PBB mengecam Myanmar yang mengenakan sekatan pada kebebasan asas masyarakat Muslim Rohingya.

“Masalah Rohingya tidak boleh diselesaikan kecuali akar penyebabnya ikut dibahas.

“Hal ini memerlukan tanggungjawab dari Myanmar terhadap semua orang di wilayahnya. Pemberian kewarganegaraan adalah tujuan akhir untuk menyelesaikan masalah ini

“Justeru, kita desak Perdana Menteri negara itu untuk memberikan kewarganegaraan kepada minoriti Muslim yang ada di negara itu,” katanya, lapor Press TV.

Selain itu, Turk juga menekankan keperluan mendesak status undang-undang bagi semua warga Rohingya untuk mengakui bahawa Myanmar adalah negara mereka sendiri.

Bagaimanapun, wakil Myanmar dalam mesyuarat itu mengecam keras PBB dan masyarakat antarabangsa yang melabelkan negara mereka sebagai penyebab krisis asing yang membabitkan Muslim Rohingya.

“Ini adalah masalah imigresen haram orang hanyut, anda tidak boleh mengatur negara saya,” ujar Htin Lynn, seorang diplomat dari Myanmar. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?