Pejabat PM nafi terdapat rombakan kabinet

PMO
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan terdapat rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman sosial.

Pejabat Perdana Menteri melalui akaun twitter ‘Msia PM Press Office’, berkata tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Senarai yang tersebar di laman sosial terutama melalui aplikasi WhatsApp memaparkan kononnya tujuh menteri dan timbalan menteri digugurkan daripada Kabinet.

Ia juga memaparkan senarai menteri dan timbalan menteri bagi setiap kementerian termasuk beberapa muka baharu. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?