Pelajar Malaysia gotong-royong bersih jalan di Jordan

Malaysia-pelajar-jordan-2

Pelajar Malaysia bergotong-royong membersihkan laluan pejalan kaki di Irbid, Jordan, baru-baru ini yang mendapat pujian penduduk tempatan.

AMMAN (JORDAN), Isnin – Gambar pelajar Malaysia sedang membersihkan jalan di Irbid mendapat perhatian di kalangan pengguna laman sosial Facebook (FB) negara itu, Jumaat lalu.

Projek kebersihan yang diusahakan oleh pelajar wanita Universiti Yarmouk itu menerima pujian masyarakat Arab, di samping ada yang mengutuk penduduk tempatan kerana tidak menjaga kebersihan.

Moeen Mustafa menulis penduduk tempatan membuang sampah merata-rata, sedangkan orang luar yang tolong membersihkannya untuk mereka.

“Pujian untuk mereka. Sikap kesetiaan itu tidak hanya pada tanah air mereka, tetapi juga pada negara yang mereka tinggal sementara,” komen Abla Wishah.

Menurut Yahya Bani Amer pula, kempen ini dilakukan oleh pelajar Malaysia dalam tempoh setiap enam bulan.

Dalam nada bergurau, Reem Mubarak, berkata pelajar itu sudah berputus asa dengan penduduk setempat lalu akhirnya mengambil inisiatif membersihkannya sendiri.

Malaysia-pelajar-jordan-1

“Tetamu mengutip sampah di hadapan tuan rumah,” tulis Manar Khamayseh.

“Saya berharap pelajar-pelajar Jordan yang lain akan mengambil inisiatif sama dalam menjaga kebersihan di tempat tinggal mereka,” tulis Ebtisam Daoud.

Gambar itu dimuat naik oleh Qias Isrhaidat di laman FBnya beserta cadangan agar pelajar itu dikurniakan kewarganegaraan Jordan di atas sikap mereka yang terpuji.

Pengguna lain memberitahu, pelajar berkenaan telah melakukan perkara sama pada tahun lepas. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?