Pelajar maut putus urat leher dipukul senior

pukul-budak

BAPA mangsa, Zime Yaakob, 49, mengiringi jenazah anaknya, Mohamad Nur Abrar Akram ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II. – Gambar Harian Metro

KOTA BHARU, Selasa – Hanya kerana tidak ‘hormat’, sorang pelajar senior Kolej Vokasional di Bachok sanggup memukul pelajar junior sehingga maut.

Ketika kejadian, mangsa Mohamad Nur Akram Zime, 16, sedang tidur sebelum dikejutkan seorang pelajar berusia 17 tahun yang kemudian bertindak memukulnya.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat kecederaan di leher akibat terkena pukulan kuat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri selepas disepak pelajar senior terbabit.

“Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan tetapi masih tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke sebuah klinik kesihatan di Bachok dan disahkan meninggal pada pukul 1.30 pagi tadi.

“Mangsa putus saluran darah di bahagian otak akibat terkena sepakan maut daripada suspek,” katanya.

Mazlan berkata, mangsa didakwa tidak menghormati pelajar senior terbabit sehingga menyebabkan pelajar senior itu merasa marah lalu memukul mangsa,

Suspek yang berasal dari Melor dikatakan mempunyai ilmu mempertahankan diri seperti silat atau tomoi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mayat mangsa disemadikan di Tanah Perkuburan Wakaf Berangan, Pasir Puteh. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian