Rakyat tak sokong pemimpin tidak amanah, kata Muhyiddin Yassin

001

BANGI, Isnin – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap pemimpin perlu amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diletakkan kepada mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, amanah adalah nilai yang sangat penting dan menjadi teras kepercayaan rakyat kepada pemimpin parti dan kerajaan.

“Jika pemimpin dilihat amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, bersih daripada sebarang bentuk salah laku dan penyelewengan, maka saya yakin rakyat akan memberi sokongan padu.

“Sebaliknya, jika pemimpin dilihat tidak amanah, maka rakyat akan menolak parti kita,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun UMNO ke-69. Perutusan itu disiarkan dalam laman Facebook beliau semalam.

Semalam, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abdullah Zaik Abd Rahman, berkata pelbagai penyelewengan di negara ini berlaku kerana mereka yang dipilih untuk memegang amanah tidak peduli mengenai ketakwaan kepada Allah.

“Mereka fikir mereka miliki banyak helah politik dan mereka boleh berjaya tanpa perlu kepada beban ketakwaan kepada Allah. Kepemimpinan adalah amanah dan takwa adalah integriti. Tanpa takwa, amanah tidak selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, rakyat juga semakin mementingkan soal ketelusan dan tadbir urus yang baik.

Katanya, kewujudan sebuah kerajaan yang telus dengan tadbir urus yang baik menjadi keutamaan rakyat dalam membuat pilihan politik.

“Maka, sebarang isu yang melibatkan soal ketelusan dan tadbir urus perlu dipandang berat dan jika terdapat masalah ianya perlu diselesaikan dengan segera.

“Ini termasuk isu 1MDB yang tidak boleh dibiarkan berlarutan. Setiap dakwaan mengenai penyelewengan dalam urusan 1MDB perlu segera disiasat secara bebas, telus dan adil dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Mengenai UMNO, Muhyiddin mengakui parti itu kini berada dalam keadaan tidak kukuh seperti dahulu.

“Selain gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13, UMNO juga sedang menghadapi masalah persepsi yang kian gawat.

“Tidak dinafikan orang Melayu masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap UMNO untuk membela nasib mereka.

“Namun saya bimbang jika isu-isu yang melingkari parti kita tidak dapat dijawab dengan baik untuk terus meyakinkan rakyat tentang keikhlasan perjuangan UMNO, maka rakyat akan menolak UMNO dalam pilihan raya dan kita terpaksa melepaskan amanah kepimpinan yang digalas selama ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian