Sisters In Islam puji penganjuran IMEC 2015

SIS-Rozana-Isa

Aktivis SIS, Rozana Isa pada IMEC 2015, hari ini.

Oleh Nursabihah Mohtar

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Penganjuran Persidangan Pemerkasaan Muslimah Antarabangsa 2015 (IMEC) mendapat pujian Sisters In Islam (SIS), sebuah pertubuhan yang berfahaman liberal dan menentang keras sistem nilai Islam yang didakwa merendahkan martabat wanita.

Seorang aktivis SIS yang hadir sebagai peserta persidangan itu, Rozana Isa, berkata penganjuran IMEC 2015 mampu mencapai golongan sasar iaitu wanita muda.

“Melihatkan kepada tajuk program hari ini, memperkasakan wanita, semestinya semua orang mahu melakukannya. Tapi dalam konteks falsafah dan pemikiran untuk memperkasakan wanita itu berbeza caranya.

“Dan saya datang ke sini untuk mendengar segala pendapat dari semua panelis,” katanya ketika ditemui pada majlis itu.

Persidangan sehari suntuk ini anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan The Muslim Debate Initiative berpangkalan di London.

Rozana juga berterima kasih kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepadanya untuk memberi buah fikiran dalam program ini ketika sesi soal jawab.

“Terima kasih kepada penganjur yang beri peluang untuk saya beri respon kepada beberapa perkara. Ini peluang kepada saya untuk memberitahu kepada semua tentang perkara yang telah dilakukan oleh SIS dan JAG,” katanya.

SIS ditubuhkan pada tahun 1990 selepas seorang pensyarah yang bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Amina Wadud menyusupkan idea dan fahamannya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya.

Kumpulan ini berasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan SIS bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.

SIS juga lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuk undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam, selain menyokong kehidupan LGBT.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?