Syiah Houthi lakukan pembunuhan beramai-ramai

yemen-jpg20150506193556

RIYADH, 7 Mei – Sekurang-kurangnya 50 orang awam terbunuh apabila kumpulan militan Syiah Houthi menyerang Tawahi, sebuah kawasan di bandar Aden, Yaman, Selasa lalu.

Menteri Luar Yaman, Riyad Yassin, berkata pihaknya meminta campur tangan Arab Saudi dan masyarakat antarabangsa untuk ‘menyelamatkan’ bandar selatan itu.

Tawahi dikatakan menjadi kubu kuat penyokong Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansour Hadi, yang kini berada di Arab Saudi.

Kawasan ini adalah menempatkan istana presiden dan beberapa kemudahan keselamatan yang penting.

“Mereka menggempur Tawahi dengan meriam. Penduduk cuba melarikan diri dari serangan itu namun ramai yang tewas,” kata Yassin dalam satu sidang media di sini.

Kumpulan tentera pro presiden, menurut beliau telah dikerahkan melancarkan operasi darat untuk menyelamatkan penduduk Tawahi.

Mereka menggambarkan serangan militan Syiah Houthi di daerah itu sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian