Tentera Israel diarah ‘tembak mati’, kata laporan

4-children-killed-on-th-beach2-513x239

Empat kanak-kanak Palestin antara yang menjadi mangsa serangan ganas tentera rejim Zionis di Gaza, tahun lalu.

BETHLEHEM (TEBING BARAT), 5 Mei – Laporan keterangan rasmi oleh lebih 60 askar dan pegawai tentera rejim Zionis yang dikeluarkan semalam, mendedahkan polisi Israel dalam serangan di Gaza adalah ‘tembak mati’.

Keterangan itu yang dikeluarkan hasil temu bual oleh pemerhati tentera rejim itu sendiri menyebabkan kumpulan hak asasi manusia melahirkan kebimbangan mengenai sama ada tentera Israel mematuhi prinsip-prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Laporan itu mendedahkan askar Israel diarah melakukan tembakan rambang di kawasan awam, menganggap setiap individu di Gaza memberi ancaman dan membedil bangunan tanpa ada sebab ketenteraan.

Ramai askar yang ditemu bual memberitahu mereka menerima arahan ‘menembak mati’ setiap individu yang dilihat di kawasan operasi.

“Sesetengahnya memberitahu mereka diarahkan menembak di darat dan udara bagi menunjukkan kehadiran anggota tentera di kawasan berkenaan.

“Keterangan yang diberikan oleh askar dan pegawai tentera itu membimbangkan berikutan peningkatan polisi menembak secara rambang yang menyebabkan kematian orang awam,” kata Pengarah Kumpulan Breaking the Silence, Yuli Novak.

Dalam satu insiden, Staf Sarjan dari unit kereta kebal mengarahkan anggota bawahannya untuk menembak seperti mana mereka melakukan pada upacara pengebumian, tetapi kali ini menyasarkan rumah penduduk sebagai tindak balas terhadap kematian seorang komander tentera.

“Ia bukan ditembak ke udara,” kata seorang askar yang ditemu bual. Sebaliknya, dia boleh memilih di mana saja untuk melepaskan tembakan.

Komander kereta kebal itu memberi arahan menyasarkan rumah yang jauh kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk.

Menurut laporan itu, askar Israel telah diberi maklumat yang salah ketika serangan 50 hari pada musim panas lalu dengan memasuki kawasan tempat tinggal penduduk awam.

“Askar Israel juga diarah menganggap orang awam yang berkeliaran sebagai pengintip kepada pejuang Palestin dan mesti dibunuh dengan serta-merta, walaupun tiada bukti kukuh mereka membantu kumpulan pejuang.

“Semua yang berlaku di Semenanjung Gaza adalah ancaman, kawasan itu mesti dikosongkan dan jika tiada yang mengangkat bendera putih, melaungkan ‘kami menyerah diri’, maka dia merupakan ancaman dan kebenaran diberi untuk menembak,” kata seorang Staff Sarjan di kawasan Deir al-Balah ketika memberi keterangan itu.

Askar rejim yang ditemu bual juga memberi keterangan yang berulang-ulang bahawa mereka gagal untuk membezakan antara orang awam dan pejuang.

“Ideanya ialah tembak jika terlihat seseorang. Mereka memberitahu kami bahawa sepatutnya tiada orang awam di kawasan itu. Jika terserempak, terus tembak.

“Sama ada ia memberi ancaman atau tidak ianya bukan satu persoalan,” kata seorang anggota tentera yang ditemu bual.

Seorang Staff Sarjan yang berpangkalan di utara Gaza ketika konflik tahun lalu pula berkata, arahan yang diterima daripada pegawai atasannya ialah sesiapa saja yang berada di kawasan di mana tentera menjalankan operasi tidak dianggap orang awam.

“Apa saja yang anda nampak di kawasan yang anda masuki, apa-apa pun dalam jarak yang munasabah, contohnya antara kosong dan 200 meter – mesti mati. Tiada kebenaran diperlukan,” katanya.

Sehubungan itu, kumpulan pemerhati terbabit mendesak diwujudkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk mengkaji polisi yang diamalkan dalam operasi ketenteraan rejim Zionis.

Laporan lengkap testimoni itu turut menyediakan lebih banyak bukti sokongan yang mengatakan Israel melakukan jenayah perang ketika operasi di Gaza sebagaimana didakwa oleh Amnesty International.

Pada musim panas lalu, 2,200 warga Palestin terbunuh dalam serangan tentera rejim Zionis terhadap pejuang Palestin. -Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?