Terengganu nafi kaitan dengan 1MDB

razif

BANGI, Khamis – Dakwaan bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagar hasil minyak negeri itu, disanggah Menteri Besar.

Menafikan perkara itu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata tiada perkara seperti yang didakwa itu berlaku.

Katanya, ahli Exco tidak akan bersetuju kerana kerajaan negeri mempunyai sebuah pasukan pakar untuk menasihati perkara itu.

“Malah, TIA tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan 1MDB,” kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.

Ahmad Razif bagaimanapun mengesahkan kerajaan negeri ada membuat pelaburan RM1 juta dengan TIA, namun menarik diri selepas menyedari waktu untuk melakukannya tidak sesuai.

“Kami menarik diri kerana tidak mahu menanggung sebarang risiko apabila menyedari kerajaan negeri tidak dapat menguruskan TIA walaupun mereka membuat beberapa keuntungan yang baik.

“Jadi tidak ada isu. Kami tidak kehilangan apa-apa. Tidak ada satu sen pun. Cerita tamat,” katanya.

Semalam, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan bahawa TIA cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu.

Ahmad berkata, perkara itu antara faktor yang memaksa beliau menarik diri, malah turut dimarahi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Tazak.

TIA ditukar kepada 1MDB pada 2009 selepas kerajaan persekutuan mengambil alih.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian