Tun Dr Mahathir pulang dari Makkah

tun

Tun Dr Mahathir melihat bunting yang dipamerkan penyokongnya ketika tiba di Terminal Subang Skypark, hari ini.

SUBANG, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selamat tiba di tanah air selepas mengerjakan umrah, hari ini.

Ketibaan beliau disambut penyokongnya termasuk daripada PERKASA dan Majlis Martabat Jalinan Malaysia (MJMM) yang menunggu beliau dan rombongan seawal jam 2.30 petang tadi di Terminal Subang Skypark.

Tun Dr Mahathir bagaimanapun tidak memberi ucapan sebaliknya hanya bersalaman dengan mereka yang hadir.

Antara yang hadir termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, berkata pihaknya berada di situ bagi menyambut kepulangan seorang negarawan yang dihormati.

“Kami berkumpul bagi menunjukkan sokongan kepada pemimpin yang dihormati yang baru pulang dari Makkah,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?