Tun M kata Speaker Dewan Rakyat sudah letak jawatan

tun-m

Tun Dr Mahathir berucap dalam program Bicara Negarawan di Ipoh, hari ini.

IPOH, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

“Speaker sudah berhenti. Sekarang timbalan ambil alih,” kata Tun M dalam program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu yang memulakan sesi bersama rakyat sekembalinya dari Makkah semalam, berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat, Isnin ini.

Sementara itu, dalam ucapannya Tun Dr Mahathir menyifatkan pelbagai kesilapan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan UMNO kalah pada Pilihan Raya Umum akan datang, walaupun Tun Abdul Razak Hussein adalah salah seorang pengasas parti Melayu itu.

Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak sanggup melihat UMNO tewas di bawah Najib pada PRU akan datang, dan oleh itu pemimpin parti perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan parti berkenaan.

“Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik UMNO, saya fikir tamatlah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?