11 pendaki Gunung Kinabalu maut, 8 masih hilang

gemp BUMI

KOTA KINABALU, Sabtu – Sebelas pendaki Gunung Kinabalu disahkan terbunuh akibat gempa bumi yang berlaku semalam, manakala lapan lagi dilaporkan masih hilang.

Perkara ini disahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun tengah hari tadi.

Beliau berkata, sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu sehingga tengah hari ini menjadikan keseluruhan 11 maut akibat gempa bumi setakat ini.

“Anggota pasukan pencari dan penyelamat sedang berusaha sedaya upaya untuk mengesan mereka yang hilang,” katanya.

Gempa bumi yang berlaku pada jam 7.15 pagi di daerah Ranau itu juga menyebabkan gempa susulan di lokasi-lokasi seperti Kota Kinabalu, Tambunan, Pedalaman, Tuaran dan Kota Belud.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gegaran lemah dirasai di Ranau pada jam 11.13 malam dan 11.32 malam tadi.

Gegaran itu bermagnitud, masing-masing 4.3 dan 2.8 pada skala Richter.

Difahamkan, ini adalah gempa bumi terburuk yang menyebabkan sejumlah kematian yang besar membabitkan pendaki Gunung Kinabalu.

Mercu tanda gunung itu dikenali sebagai ‘telinga kera’ juga berubah wajah apabila hampir separuh daripada salah satu daripada dua puncaknya runtuh.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?