16 Jun tarikh lihat anak bulan Ramadan

Tarikh-Melihat-Anak-Bulan-Syawal-2014

KUALA LUMPUR, Isnin – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata, tempat melihat anak bulan pada malam hari berkenaan ialah: 

1. Pontian Kecil di Johor;

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka;

3. Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan);

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor);

5. Bukit Jugra, Banting (Selangor);

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor);

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).

8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang);

9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah);

10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah);

11. Menara Alor Setar (Kedah);

12. Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu);

13. Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu);

14. Pulau Perhentian, Besut (Terengganu);

15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu);

16. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai (Kelantan).

17. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan);

18. Tanjong Lubang, Miri (Sarawak);

19. Teluk Bandung, Kuching (Sarawak);

20. Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);

21. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah);

22. Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang);

23. Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang);

24. Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

25. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan);

26. Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur);

27. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan

28. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah serta hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,” kata kenyataan itu. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?