Anak-anak NAZIM Kuala Terengganu cintai al-Quran

Anak-anak NAZIM Kuala Terengganu bergambar bersama-sama dengan Fasilitator Bengkel al-Quran NAZIM KT
KUALA TERENGGANU, 7 Jun - "Cita-cita kami adalah mahu anak-anak NAZIM mencintai al-Quran dan merasai keseronokan mendalami kalam Allah itu",ujar Ustazah Wan Noraini Wan Ibrahim, pengarah Bengkel al-Quran NAZIM cawangan Kuala Terengganu.

"Anugerah al-Quran yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw ini harus ditanam dan diwarnai dalam jiwa anak-anak kita agar kehidupan mereka dipandu dengan petunjuk Illahi ", jelas beliau lagi.

Bengkel al-Quran yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Komuniti Kampung Che Kundur ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik seperti bulatan huffaz cilik, 'giant crossword puzzle', tayangan kartun islami dan nasyid kisah nabi. 

Semoga NAZIM terus maju jaya dengan mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat kepada anak-anak demi melahirkan generasi bersahsiah dan berakhlak islamiah selari kehendak al-Quran dan sunnah. 

Ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke aktiviti NAZIM yang seterusnya, boleh menghubungi Ustazah Noraini( 0192407954) serta dapatkan maklumat lanjut di laman facebook 'Kelab Anak-anak Hebat NAZIM KT'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?