Mahkamah Mesir: Hamas bukan pengganas
KAHERAH, Sabtu – Mahkamah Bagi Urusan-urusan Segera Mesir hari ini membatalkan pertuduhan yang dibuat pada 28 Februari lalu, yang menuduh Gerakan Pembebasan Islam (Hamas) sebagai gerakan pengganas.
Mahkamah berkata, pertuduhan itu ditarik balik kerana kekurangan fakta dan hujah lemah oleh pihak pendakwaan.
Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Bagi Urusan-urusan Segera (Peringkat Pertama) telah memutuskan bahawa Hamas sebagai salah satu gerakan pengganas kerana dikatakan terlibat dalam beberapa serangan keganasan di dalam negara Mesir, terutamanya Sinai.
Selepas itu, Hamas membuat kenyataan menafikan pihaknya termasuk sayap tentera Briged Al-Qassam terlibat dalam apa-apa serangan keganasan di Mesir kerana Hamas ditubuhkan hanya untuk membebaskan bumi Palestin.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyambut baik keputusan yang dikeluarkan hari ini dan menyifatkannya sebagai ‘membetulkan semula perkara yang salah’. – AGENSI
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan