Muktamar ‘tutup mulut’ DAP, kata Dewan Ulama PAS

DR-MAHFODZ

Oleh Azri El

BANGI, Ahad – Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 yang berakhir semalam berjaya ‘menutup mulut’ DAP yang sebelum ini lantang menghentam presiden mereka dan dasar perjuangan parti itu.

Dengan semua calon ‘mesra’ DAP tewas kepada kelompok ulama dan usul memutus hubungan dengan parti cauvanis itu, DAP kini tidak ada apa-apa lagi kepentingan terhadap PAS.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, usul memutus hubungan dengan DAP oleh dewan itu, yang kemudian dilulus tanpa bahas oleh Muktamar PAS Pusat, menjadi amaran kepada bekas rakan sekutu mereka itu supaya berhenti menyerang PAS.

“Tujuan kita untuk DAP berhenti daripada cakap-cakap perkara itu. Tutup mulut mereka sedikit.

“Nampaknya mesej kita dah sampai. Lim Guan Eng pun dah nampak senyap sikit,” katanya dipetik sebuah akhbar perdana hari ini.

Semalam, ketika menggulung ucapannya, Dr Mahfodz berkata, usul yang dibawa mereka itu sebagai tindak balas di atas serangan dan penghinaan berterusan DAP kepada PAS.

Sekurang-kuranngya kata Dr Mahfodz, PAS sudah membuktikan bahawa mereka bukan kuda tunggangan DAP seperti ditanggapi banyak pihak sebelum ini.

“DAP bertubi-tubi menghina dan mencela PAS, tetapi kita hanya diam serta bersabar.

“Sampai bila kita boleh bersabar dengan cemuhan daripada DAP?,” katanya.

Mengulas kemenangan majoriti kumpulan pro-ulama pada pemilihan kali ini, beliau berkata, ia akan memudahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat sebarang keputusan berhubung dasar parti.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?