Pesawat Israel bedil tiga pangkalan Gaza pagi tadi
JURUSALEM, Khamis – Pesawat tempur Israel membedil sasaran di Semenanjung Gaza awal pagi ini sebagai tindak balas serangan roket dari Gaza yang jatuh di wilayahnya.
Menurut sumber keselamatan Palestin, serangan udara itu menyasarkan tiga pangkalan briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera Hamas, di Bandaraya Gaza. Manakala satu serangan lain jatuh di bandar Khan Yunis.
Menurut kenyataan pihak Tentera Israel, hanya tiga serangan dilancarkan dan pihaknya tidak memberikan butiran lokasi atau sasaran.
“Semalam, Jun 3, 2015, dua roket dilancarkan ke selatan Israel dari Semenanjung Gaza…roket itu jatuh di kawasan lapang di bandar Ashkelon dan Netivot. Tiada kecederaan dilaporkan.
“Sebagai tindak balas terhadap serangan ini, IDF membedil tiga prasarana di Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan itu.
Pihak Israel mendakwa Hamas bertanggungjawab atas setiap serangan roket dari wilayah Gaza, sekalipun tidak diketahui siapa sebenarnya yang melancarkan serangan itu. -AGENSI
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan