Selepas dibantah, program ‘Johor for Jesus’ akhirnya dibatalkan

dibatalkan 2
Oleh Azri El

BANGI, Selasa – Pihak penganjur Festival God’s Power Healing Night, Movement for Jesus (MforJ), telah bersetuju membatalkan program mereka esok.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Sallehudin Hassan berkata, persetujuan itu dicapai selepas pihaknya menghubungi penganjur petang ini.

“Hasil daripada arahan YAB Menteri Besar dan Yb Datuk Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya telah berhubung dengan pihak penganjur Festival God’s Power Healing Night dan pemilik Sutera Square, Taman Sutera untuk membatalkan program tersebut.

“Alhamdulillah perbincangan ini membuahkan hasil apabila pihak penganjur sudi bekerjasama dengan membatalkan program tersebut,” katanya dalam satu kenyataan kepada ISMAweb.

Dalam perkembangan sama, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah turut memaklumkan bahawa tempahan penginapan oleh Church of Prise, di Felda Residence Tanjung Leman, Mersing juga turut dibatalkan.

Pembatalan itu dibuat setelah berbincang denngan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan pengurusan Felda Residence, hari ini.

Semalam ISMAweb mendedahkan pergerakan MforJ akan menganjurkan persidangan kristian atas nama “Festival Of God’s Power” di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, pada 3 hingga 5 Jun ini.

Turut didedahkan tiga klip video trailer “MforJ2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” untuk program itu, yang dimuat naik di laman perkongsian Youtube.

Video yang berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan ucapan dari barisan paderi kristian yang berbaur provokasi dan penghinaan kepada Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negeri Johor, seperti; ” I’m waking up the giant of asia Malaysian Church “, ” Give me Johor Bahru or I Die ” dan ” Allow me to chase away the enemy in the city “.

Selain itu, klip video itu juga memaparkan kenyataan; “Johor for Jesus”, “Take possession of the land (Johor Bahru)” dan “Johor never be the same”.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas berita itu disiarkan, kesemua video tersebut telah dipadam oleh pemilik akaunnya.

Penganjuran persidangan Kristian itu turut mengundang kemarahan penduduk yang mengadakan bantahan aman hari ini.

ISMAweb difahamkan beberapa laporan polis turut dibuat terhadap penganjur program itu.

Laporan polis turut dibuat oleh masyarakat Johor membantah penganjuran acara ini.

Laporan polis turut dibuat oleh masyarakat Johor membantah penganjuran acara ini.

Siang tadi Yang Dipertua ISMA Cawangan Johor, Mohd Tahir Hamdan ketika dihubungi berkata, salah satu slogan yang diangkat iaitu ‘Johor for Jesus’ adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

“Kita perlu memandang serius program ini. Melihat kepada video promosi iklan tersebut, sangat jelas ia mengandungi unsur-unsur provokatif.

“Ini pada kita yang boleh membahayakan keselamatan negara,” katanya.

Artikel berkaitan:

Video: Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)
Video, iklan persidangan ‘Johor for Jesus’ ditarik balik
Program ‘Johor for Jesus’ berunsur provokasi, cabar perlembagaan
Orang nak rampas tanah kita…

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?