Video: Johor for Jesus, Take possession of the land (Johor Bahru)
BANGI, Isnin – “Johor for Jesus (Johor untuk Jesus), Take possession of the land (Johor Bahru) (Ambil hak milik tanah Johor Bahru), Johor never be the same (Johor tidak akan sama seperti yang dahulu)”.
Ini adalah antara kenyataan ‘panas’ yang disiarkan dalam video trailer persidangan agama Kristian “MforJ 2015 Take Possession of The Land Kingdom Conference” akan berlangsung di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru, 3 hingga 5 Jun ini.
Video ini boleh ditonton pada tiga pautan di youtube, namun dua daripadanya telah menarik balik video itu.
Dalam video itu juga, kelihatan pengacara dan beberapa individu melaungkan ungkapan seperti berikut:
“I’m waking up the giant of asia Malaysian Church”, “Give me johor baru or i die” dan “Allow me to chase away the enemy in the city”.
Program dua hari itu mirip konsert besar-besaran itu, dianjurkan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai “Movement for Jesus” atau singkatannya M4J.
Festival itu bakal dikendalikan oleh barisan paderi Rev Philip Mantofa (Indonesia), Rev Ewen Chow (Taiwan), Rev Sumiati Supit (Indonesia), Rev Jonathan Loh (Malaysia) and Rev Wong Chee Meng (Malaysia).
Dalam poster iklan mereka, dinyatakan penyertaan adalah terbuka dan kemasukan adalah percuma.
Program itu juga akan dikendalikan secara dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga Cina.
Carian Ismaweb mendapati, kumpulan itu giat melakukan promosi melalui laman sosial facebook di akaun http://ift.tt/1AEXjK5.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan