Zam kata Najib ‘pahlawan yang hilang sebelum perang’

zainuddin-maidin

Oleh Razali bin Zakaria

BANGI, Sabtu – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Zainuddin Maidin atau ‘Zam’ menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘pahlawan Bugis’ yang hilang dari medan perjuangan sebelum perang bermula.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Perdana Menteri yang membatalkan kehadiran di forum terbuka ‘Nothing To Hide’ walaupun Najib dikelilingi penasihat keselamatan yang sepatutnya boleh menjangka apa saja boleh berlaku pada forum itu.

Lebih memburukkan imej Najib, kata Zam, pembatalan kehadiran ke forum itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri mendabik dada sebagai ‘Pahlawan Bugis’ yang gagah berani, tidak pernah takut melawan, tetapi hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.

Menulis dalam blog beliau,  Zam berkata, tindakan Najib itu bukan saja memalukan dirinya sendiri tetapi juga melibatkan maruah anggota Kabinetnya dan juga kredebiliti kerajaan.

“Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi oleh penasihat keselamatan tidak dapat menjangka perkara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempormosikan “saya bersedia untk mendedahkan segalanya”.

“Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukkan keberanian, keterbukaan dan kebersihan, maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah.

“Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti dari suara rakyat yang meletup menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan,” katanya.

zamm

Zam yakin tujuan utama forum ‘Nothing To Hide’ adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat bahawa tidak ada apa-apa yang hendak disembunykian oleh Najib di sebalik pelbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh 1MDB.

Beliau berkata, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mungkin tidak dijangka namun apabila forum itu dihebohkan sebagai terbuka dan kehadirannya adalah untuk mendengar penerangan Najib sebagai orang biasa.

“Kegagalan Najib menepati janji telah sekali gus menjatuhkan keyakinan rakyat kepadanya kepada taraf paling rendah. Ketulusan, kejujuran dan keikhlasannya dipersoalkan serta-merta di seluruh negara.

“Impak kepada kejadian ini sangat berat kepada kepada perancangan Najib untuk mengadakan jerayawala (road show) di seluruh negara. Beliau akan berhadapan dengan rakyat yang tidak percaya kepadanya. Beliau berbohong kepada mereka mengatakan beliau seorang Wira Bugis, Pahlawan Bugis yang gagah berani.

“Perasaan demoralising ini tidak sahaja menekan Najib tetapi pastinya turut dirasakan oleh seluruh anggota Kabinet yang merasakan diri mereka ada integriti kerana mereka berada di bawah pimpinan seorang pemimpin yang telah hilang kepercayaan rakyat.

“Tidak pernah dalam sejarah negara seorang perdana menteri dimalukan sebegini rupa. Seluruh anggota Kabinet wajib memikirkan apakah langkah yang sewajarnya untuk mereka lakukan bagi menebus maruah kepimpinan negara dan bagi mengembalikan keyakinan dan semangat rakyat sebelum pilihan raya akan datang,” kata Zam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian