Bersih 4 di Kuching dikhianati DAP: Sarawakiana

sarawakiana
RAMAI yang tertanya-tanya mengapa pengerusi BERSIH 4.0 Kuching Nicholas Mujah bertindak mengumumkan bahawa program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan di sini dihentikan pada malam tadi dan tiada program yang akan diadakan oleh Jawatankuasa Penganjur BERSIH 4.0 Kuching hari ini.

Beliau juga memberi alasan ianya dihentikan kerana kerana sistem PA telah ambil balik oleh pemilik dan beberapa syarat perhimpunan tersebut telah dilanggar oleh segrlintir peserta sebagai contoh membawa kanak-kanak ke lokasi tersebut namun alasan sebenarnya mereka telah dikhianati oleh DAP!

Nicholas juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Padungan untuk memaklumkan program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan telah dihentikan pada jam 1 tengahari tadi dan sebarang aktiviti yang diadakan selepas ini bukan tanggungjawab pihak penganjur BERSIH 4.0.

Hakikatnya, program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching di Padang Song Kheng Hai, Padungan dihentikan ekoran pemimpin DAP yang turut serta pada program tersebut tidak mengikuti arahan atau syarat telah ditetapkan.

Sumber mendedahkan kepada Sarawakiana, Nicholas telah menemui Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad pada jam 11.30pm semalam untuk memaklumkan BERSIH 4.0 Kuching akan menghentikan aktiviti bermula malam ini dan tidak akan brtanggungjawab terhadap sebarang aktiviti yang diadakan pada 30 Ogos 2015.

Keputusan menghentikan program BERSIH 4.0 Kuching adalah ekoran beberapa aksi provokasi yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong DAP bermula ditempat berkumpul mereka di hadapan Hilton Hotel sejak jam 1.30 pm 29 Ogos 2015.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen dan pengikutnya berarak sambil menggunakan pembesar suara melaungkan “TURUN NAJIB” dan membawa placard yang berbentuk provokasi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengikut DAP juga menggunakan kekerasan terhadap penganjur BERSIH 4.0 Kuching apabila diarahkan tidak menggunakan pembesar suara dan membawa placard provokasi.

Chong Chien Jen, yang juga ADUN Kota Sentosa juga dikatakan tidak menghiraukan arahan penganjur dan meneruskan perarakan sambil melaungkan “TURUN NAJIB” sepanjang perjalanan ke Padang Soon Keng Hai.

Semasa sesi memberi ucapan, wakil DAP iaitu ADUN Pending Violet Yong dan Pembantu Khas Chong; Abdul Aziz Isa telah mengunakan pentas BERSIH 4.0 Kuching untuk mengutuk Prdana Menteri.

Pihak penganjur juga telah memotong nama Chong Chien Jen daripada senarai penceramah dengan digantikan Violet Yong.

Pada program sebelah malam, DAP telah menggunakan peluang yang ada untuk menganjurkan sesi ceramah politik kepada kira-kira 400 orang pengikut yang majoritinya dari golongan muda Cina.

Ceramah dimulai lebih awal iaitu sekitar jam 8.00 malam dan dihentikan melebihi waktu yang dihadkan iaitu pada jam 11.55 malam.

Pihak penganjur telah mengarahkan supaya sesi ceramah DAP dihentikan sebelum jam 11.30 malam tetapi tidak dihiraukan.

Semasa Pengerusi BERSIH 4.0 Kuching meminta DAP menghentikan ceramah, Chong dan pembantunya telah bertelingkah dengan Nicholas dan Penyelaras program perhimpunan BERSIH 4.0 Peter John Jaban.

Pemimpin DAP mengatakan sekiranya mereka berhenti ceramah, penganjur BERSIH 4.0 Kuching juga perlu meninggalkan padang dan tiada aktiviti berkhemah disitu atau menanggung akibat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Jadi, oleh kerana mendapat ancaman dan ugutan dari ahli DAP, Nicholas mengambil keputusan untuk menghentikan program BERSIH 4.0 Kuching dan pada pagi ini penganjur telah mengemas barang mereka.

Secara ringkasnya, DAP telah mempergunakan platform program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching untuk agenda politik mereka.

Difahamkan, kebanyakan peralatan termasuk makanan dan minuman yang digunakan dalam perhimpunan tersebut telah dibiayai oleh DAP dan kroni-kroni mereka.

Kejadian pertengkaran di antara penganjur perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching dan pemimpin-pemimpin DAP didengari dan dilihat secara terbuka oleh peserta-peserta program tersebut.

Sudah sampai masanya, rakyat jelata khususnya penduduk Sarawak menyedari dalang sebenar di sebalik program perhimpunan BERSIH 4.0 Kuching dan berhenti agar dipergunakan oleh DAP untuk kesinambungan dan agenda politik mereka.

Artikel ini telah disiarkan di laman web sarawakiana.net.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, dan ia juga tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net). 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian