Bersih 4: Peserta himpunan rosakkan landskap

bersih 4 ahad
KUALA LUMPUR, Ahad – Para peserta perhimpunan Bersih 4 di sekitar Dataran Merdeka di sini bukan sahaja mengganggu persiapan untuk sambutan Hari Kebangsaan tetapi juga merosakkan sebahagian daripada landskap.

Penyokong perhimpunan, yang tidak berganjak walaupun berlaku hujan pada 4 petang, turut melangkah batas bunga selain memijak anak pokok.

Kira-kira pukul 4.30 petang, apabila hujan reda, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat beramah mesra dengan peserta perhimpunan di Pasar Seni.

Bekas perdana menteri itu, yang tiba dengan menaiki LRT, memberitahu sidang media kemudian bahawa beliau berada di perhimpunan itu bukan sebagai penyokong Bersih, sebaliknya sebagai penyokong semua rakyat Malaysia.

Sehingga pukul 7 malam, kebanyakan peserta perhimpunan telah meninggalkan Pasar Seni. Bilangan mereka yang berhimpun di sekitar Dataran Merdeka pula  terus meningkat dan seorang pemimpin Bersih berkata: “Kami akan berada di sini sehingga tengah malam seperti dirancang.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata polis tidak membuat penangkapan setakat ini di Kuala Lumpur dan menambah: “Penganjur telah membuat ‘akujanji’ bahawa para peserta perhimpunan akan bersurai pada tengah malam.”

Perhimpunan Bersih 4 selama dua hari yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram adalah anjuran kumpulan reformasi pilihan raya yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dan sebuah kerajaan yang bersih.

Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam semalam dan pada tengah hari ini.

Antara alasan yang diberi adalah kurangnya sambutan dan kebanyakan peserta membawa kanak-kanak. Pihak berkuasa tidak membenarkan kanak-kanak hadir di venue perhimpunan. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian