15 kanak-kanak pelarian Syria lemas di Pulau Farmakonisi

pelarian

ATHENS, Selasa – Angka kematian melibatkan pelarian Syiria di Eropah kini dilaporkan terus meningkat apabila bot getah yang dinaiki karam ketika menuju ke Pulau Greece.

Terbaru, lima belas kanak-kanak termasuk empat bayi, antara 34 pelarian Syria lemas berdekatan Pulau Farmakonisi ketika cuba menyeberangi Laut Aegean dari Turki ke sebuah pulau kecil Greece itu, semalam.

Kejadian tersebut berlaku hanya sehari selepas pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari empat kanak-kanak yang dikhuatiri hilang apabila sebuah bot karam pada Sabtu lalu di Pulau Samos.

Pelarian 2

Susulan itu, Persatuan Antarabangsa untuk Pelarian melaporkan 2,748 dari 430,000 pelarian yang menyeberangi Laut Mediterranean ke Eropah pada tahun ini dilaporkan terbunuh atau hilang.

Kebanyakan pelarian menyeberangi laut dari Turki ke Greece menggunakan bot getah yang dinaiki antara 40 dan 50 orang, tetapi penggunaan bot kayu menunjukkan kumpulan penyeludup mahu menghantar lebih ramai pelarian sebelum cuaca buruk menghalang pelayaran.

Terdahulu perkara yang sama berlaku ke atas kanak-kanak pelarian, Aylan Kurdi, 3 tahun apabila lemas setelah hanyut dan terdampar di pantai Bodrum di Turki berikutan bot yang dinaiki karam sebelum sampai ke Greece.

Kejadian tersebut telah mendapat perhatian dunia khususnya rakyat Turki.

Kini dilaporkan masih terdapat puluhan ribu rakyat Syria terpaksa keluar dari negara mereka menuju ke Eropah akibat peperangan yang berlaku. Mereka menggunakan bot melintasi laut Turki seterusnya menuju ke Greece sebagai pintu masuk ke negara-negara Eropah lain. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?