Angka korban bot karam meningkat kepada 61 orang

HUTAN MELINTANG, 5 Sept -- Anggota pasukan penyelamat mengangkat salah satu daripada lima mayat mangsa bot karam di Markas Utama Operasi Mencari dan Menyelamat di Perhentian Feri Ladang Sungai Bernam hari ini. -- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sumber gambar: Bernama

HUTAN MELINTANG, Isnin – Angka korban akibat bot karam yang membawa pendatang asing di perairan Sabak Bernam Khamis lalu kini meningkat kepada 61 orang.

Pasukan mencari dan menyelamat mengesahkan 61 yang terkorban antaranya 37 lelaki, 23 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban telah pun dikenal pasti.

Katanya, 12 mayat itu berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berada di Hospital Teluk Intan.

“23 mayat telah selesai dibedah siasat dan 12 daripadanya telah dikenal pasti. Sementara itu, enam mayat yang ditempatkan di Hospital Teluk Intan masih lagi melalui proses pengenalan diri.

“Saya dimaklumkan pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Indonesia akan tiba ke Ipoh bagi membantu proses mengenal pasti identiti mangsa yang lain,” katanya kepada pemberita.

Kejadian berlaku apabila kira-kira 70 hingga 80 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin yang menaiki bot jenis pom-pom, karam di perairan Sabak Bernam, pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjung Sauh.

Bot itu  dipercayai dalam perjalanan ke Tanjung Balai, di Sumatera, Indonesia,  tidak jauh dari persisir pantai Sabak Bernam, Selangor.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian