‘Anjing tak salak bukit, anjing salak babi..’: Hadi Awang

hadik

SHAH ALAM, Sabtu – “Walaupun kita golongan lemah, kita bukan menyalak dekat bukit, tapi kita menyalak dekat ‘babi’ dalam bukit,” demikian bidalan yang digunakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap di Kongres Rakyat di sini, hari ini.

Tanpa menyebut secara jelas kepada pihak yang ditujukan beliau berkata, sikap saling bercakaran sesama sendiri menjadi punca kepada masalah yang dihadapi negara ketika ini.

“Kita sibuk bercakaran antara satu sama lain. Kita mengaku Pas, Umno dan semua parti-parti bercakar…bercakar dalaman, antara kaum, tetapi kita tidak gunakan sikap kemanusiaan yang sebenar.

“Sebab itu Kongres Rakyat yang dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan acuan Islam yang sebenar.

“Kongres hari ini mendidik kita bertukar-tukar fikiran. Walaupun kita golongan yang lemah, orang kata kita umpama anjing menyalak bukit.

“Tapi anjing tak salak bukit, anjing salak babi di bukit itu. Ini yang sebenarnya, kita ‘menyalak’ kelemahan yang berlaku dan najis yang mempalit kita semua,” katanya.

Tambah beliau, dalam usaha mencari penyelesaian daripada masalah yang berlaku, PAS akan tetap mempertahankan dasar perjuangannya dengan memartabatkan Islam sebagai panduan dalam mencari kebenaran.

Untuk itu, kekuatan dan kesatuan dalam parti perlu diutamakan sebelum mencapai matlamat besar menjadi pemerintah selepas pilihan raya umum akan datang.

“Wawasan kita adalah wawasan kembali kepada Allah. Kita diajar oleh Islam bukan sekadar ke Putrajaya. Lepas Putrajaya kita mati, bertemu dengan Allah, menzahirkan dan diiktiraf, berbuatlah baik dan fikirlah baik-baik,” katanya lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?