Arab Saudi berusaha keras siapkan kelambu Kaabah

kiswah

MAKKAH, Isnin – Pekerja kilang membuat kelambu Kaabah di sini, berusaha keras menyiapkan sulaman kiswah bagi menggantikan yang lama pada hari Arafah atau 22 September ini.

“Kami mempunyai pasukan pekerja sepanjang masa untuk mengekalkan dan memperbaiki kiswah,” kata Pengarah kilang itu, Mohammed bin Abdullah Bajawda.

Beliau berkata, kiswah sepanjang 14 meter itu diperbuat menggunakan 700 kilogram sutera tulen yang diwarnakan hitam, 120 kilogram benang emas dan 25 kilogram benang perak.

Kelambu itu dihasilkan di sebuah kilang khas, untuk segala proses pembuatannya termasuk mencelup warna, mencetak, menyulam, menenun dan menyambung setiap bahagian berbeza kelambu berkenaan.

Bagi mempercepatkan proses pembuatan, kerajaan Arab Saudi menggunakan peralatan moden di sebuah kilang baru yang dirasmikan oleh Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, dan timbalannya, Mohammad bin Nasser Al-Khuzaim.

Kilang ini juga turut dikunjungi ribuan jemaah yang datang ke Tanah Suci.

Selepas kelambu itu disiapkan, ia akan dipasang di Kaabah pada waktu subuh 9 Zulhijjah, yang juga bertepatan dengan masa bermulanya perjalanan jemaah ke Padang Arafah ketika menunaikan haji.

Setiap tahun, kelambu lama akan dibuka dan dipotong menjadi potongan kecil untuk diberikan kepada pemimpin Islam atau orang kenamaan.

Sebelum ini, kelambu Kaabah telah dibahagikan dan diagihkan di kalangan keluarga yang dikenali sebagai pemegang tirai Kaabah, tetapi selepas itu Kerajaan Arab Saudi telah membuat keputusan untuk menghantar kelambu itu ke negara-negara Islam sebagai hadiah. _ Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian