Baju Kuning dan Baju Merah

Color_revolutions_map.svg

 

Semua orang bersetuju dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun. Saya hanya menyokong jika ia dilakukan dengan tujuan yang syar’ie dan mengikut adab dan undang-undang negara.

Sebagaimana saya tidak setuju dengan perhimpunan baju kuning kerana implikasi atau akibat yang tidak menentu kepada politik dan kestabilan negara begitu juga saya menilai perhimpunan baju merah.

Islam mengira akibat dan tujuan sesuatu perkerjaan.

“Al umur bi maqasidaha” ertinya; hukum sesuatu pekerjaan mengikut tujuan pekerjaan tersebut. Islam juga bersikap proaktif (menghalang sesuatu keburukan sebelum ia berlaku) jika satu satu perkerjaan membawa akibat yang tidak baik kepada kepentingan umum.

Baju kuning atau baju merah yang popular dengan Colour Revolution digunakan oleh puak-puak tertentu untuk tujuan politik masing-masing. Tujuan tujuan politik seringkali membelakangkan kebenaran, kemaslahatan dan kepentingan umum.

Sebagaimana kita tidak mahu pengaruh dan kepentingan asing masuk melalui baju kuning begitu juga kita tidak mahu “baju merah” digunakan untuk melindungi penyelewengan, skandal atau mengalih pandangan masyarakat daripada isu sebenar kepada isu yang diada-adakan.

Saya menjunjung tinggi perjuangan memartabatkan bangsa dan agama serta meletakkan perpaduan dan kesatuan umat sebagai keutamaan yang tertinggi pada setiap masa, tetapi tidak setuju jika ia hanya digunakan untuk tujuan politik.

Saya berpendapat perpaduan umat dan agenda memartabatkan bangsa hendaklah dilakukan dengan usaha bersepadu dan konsisten dengan menjunjung perlembagaan, melaksanakan undang undang dengan efisien tanpa dipengaruhi oleh kehendak-kehendak politik dan perancangan yang jitu, jujur dan telus bertitik berlandaskan hak, keadilan, fakta dan sejarah.

Kita tidak wajar mengimpot budaya politik yang dipanggil “Colour Revolution” ke negara ini seperti yang berlaku di Bangkok dan negara-negara lain yang mengakibatkan negara terjerumus dalam kekusutan politik yang rumit dan rakyat disibukkan dengan isu-isu palsu, untuk kepentingan golongan politik yang tamak dan terdesak.

Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya meletakkan kepentingan negara, keharmonian dan kestabilan di tempat tertinggi serta memilih keikhlasan, kejujuran dan kebenaran dalam menyelesaikan segala permasalahan. Jangan heret negara dalam krisis politik yang merosakkan, lantaran takut berdepan dengan kegagalan politik sebaliknya beranilah untuk membuat pembetulan dengan ikhlas mengikut lunas-lunas akhlak, moral, undang-undang dan perlembagaan.

 

Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden ISMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?