Bekas pesuruhjaya PAS Pahang letak jawatan, masuk PAN

adun semantan
TEMERLOH, Rabu – PAS Pahang menerima tamparan hebat hari ini apabila bekas Timbalan Pesuruhjayanya Syed Hamid Syed Mohamed mengumumkan keluar daripada PAS untuk menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Syed Hamid, 63, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semantan berkata, PAS dilihat bukan parti kondusif dan eksklusif buat semua peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas yang lalu.

“Hala tuju politik Pas kini dilihat semakin bercelaru. Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar PAS untuk melaksanakan Islam secara syumul,” katanya dalam sidang media lewat hari ini.

Turut hadir Pengerusi PAN negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar.

Syed Hamid berkata, rakyat mahukan perubahan politik yang menyeluruh melalui pakatan pembangkang, namun dalam masa yang sama PAS pula dilihat semakin memencilkan diri dalam memperjuangkan hal itu.

Syed Hamid berkata, beliau tidak sesekali menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh PAS tetapi keadaan politik semasa menuntut kepada ijtihad baharu bagi meneruskan perjuangan Islam melalui wadah yang baharu. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?