Bersih 4: Polis akan panggil Tun M

KPN
KLANG, Rabu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan berhubung kehadiran dan ucapannya di perhimpunan haram Bersih 4 pada Sabtu dan Ahad lepas.

“Polis akan memanggil beliau untuk merakam keterangan dan mahu mengetahui dari mana maklumat yang diperoleh tentang dakwaan rasuah yang diterima Ketua Bahagian UMNO,” katanya dalam sidang media dalam Majlis Memperingati Hari Polis Marin ke-68, di Markas Polis Marin Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Katanya lagi, selain Tun Dr Mahathir, polis juga akan memanggil penganjur, pemimpin parti politik, aktivis serta individu yang dikenal pasti untuk memberi keterangan mengenai kehadiran mereka dalam perhimpunan haram tersebut.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mendakwa beliau hanya mahu melihat perhimpunan Bersih.

Semalam beliau menulis dalam entri terbaru di blognya bahawa beliau terpaksa menyertai demontrasi jalanan anjuran Bersih yang bertema ‘singkirkan Najib kerana rasuah’ apabila semua saluran mengikut undang-undang untuk menjatuhkan Perdana Menteri telah ditutup oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian