Bolehkah GHB jadi proksi Melayu kepada DAP?

azar5
Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Selasa – Pendirian PKR yang bertegas mahukan PAS untuk menyertai gabungan pembangkang baharu, menunjukkan bahawa GHB hanya mainan politik kepada DAP, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Jelas beliau, GHB akan menjadi titik pergaduhan di antara PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti sekiranya PAS diterima semula ke dalam Pakatan Rakyat.

“GHB hanya boleh mewakili DAP di kawasan campuran dan kurang berpotensi di kawasan Melayu.

“Bermakna, DAP tidak akan letak calon Melayu tetapi cukup hanya dengan calon GHB sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian, mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, apabila mengatakan pendirian PKR yang bertegas mahu PAS untuk menyertai pakatan pembangkang baharu sekalipun mendapat tentangan DAP.

Bidas Ustaz Abdullah, pendirian tersebut jelas menunjukkan bahawa GHB hanya sebagai ‘alat’ mainan politik DAP.

“Bolehkah GHB jadi proksi kepada Melayu DAP?” soalnya.

Gerakan Harapan Baru (GHB) atau juga dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah), dibarisi bekas pemimpin PAS yang sebelum ini kalah teruk semasa pemilihan parti pada muktamar ke-61, baru-baru ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?