Hanya Melayu pimpin Malaysia, kata Hadi

HJ-HADI

SHAH ALAM, Sabtu – Hanya bangsa Melayu Islam yang merupakan majoriti rakyat negara boleh memimpin Malaysia, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, agama Islam telah melatih Melayu untuk menjadi pemimpin.

“Jadi orang Melayu di negara ini perlu memainkan peranan menyelamatkan negara atas nama Islam.

“Maka orang Melayu yang mempunyai pengaruh besar kena selamatkan negara dengan Islam, bukan fanatik Melayu. Orang Melayu kena sedar kedudukan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Rakyat di Auditorium Dewan Jubli Perak bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Tambah beliau, Nabi Muhammad SAW sendiri telah menunjukkan konsep memperkasakan negara.

“Hasilnya apabila sejarah Islam membuktikan pemimpin Islam silih berganti di kalangan pelbagai bangsa tetapi mereka adalah penganut Islam,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?