Individu hina mendiang Inspektor Margaret Tagum ditangkap

tagum

Inspektor Margaret Tagum Goen maut dirempuh mat rempit.

KUALA LUMPUR, Isnin – Polis Daerah Kluang, Johor, menahan seorang individu yang menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen di dalam catatan di laman Facebooknya.

Tagum meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari Ahad ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas dirempuh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.

Antara penghinaan yang dimuat naik individu terbabit terhadap mendiang ialah “Mampus juga kau … setelah sekian lama menyusahkan orang.”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitternya mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kluang atas kejayaan menahan suspek.

“Syabas JSJ@PDRM Kluang yang berjaya tangkap orang yang menghina mendiang Inspektor Margaret-Trafik Kluang sebentar tadi,” katanya menerusi laman twitternya, hari ini.

Mayat mendiang akan dibawa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi dan dijangka tiba di Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, 11.15 pagi esok.

Mangsa sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital itu selepas dirempuh oleh seorang mat rempit pada jam 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian