Israel rancang robohkan 17,000 rumah, premis penduduk Palestin

ROBOH 2

GAZA, Selasa – Masih tidak berpuas hati dengan penduduk Palestin, Zionis Israel sedang merancang untuk merobohkan kira-kira 17,000 rumah dan penduduk Islam negara itu.

Kediaman milik rakyat Palestin yang terletak di Tebing Barat itu kini tertakluk kepada arahan perobohan Israel sehingga mengakibatkan mereka sentiasa hidup dalam keadaan terancam dan tidak menentu.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata perintah perobohan untuk memusnahkan sehingga 17,000 struktur, termasuk rumah, bangsal dan tempat perlindungan ini hakikatnya 77 peratus adalah milik persendirian rakyat Palestin.

“Arahan perobohan berkenaan tidak akan luput, mengakibatkan ahli keluarga sentiasa terancam.

“Keadaan itu juga menyebabkan penduduk hilang tempat tinggal, sekali gus memburukkan kemiskinan dan meningkatkan kebergantungan kepada bantuan,’’ kata laporan itu.

ROBOH

Selain itu, petikan laporan OCHA daripada data pihak berkuasa Israel mengatakan zon Tebing Barat di adalah di bawah kawalan penuh rejim Zionis yang dikenali sebagai Kawasan C dan meliputi 60 peratus wilayah tersebut.

Kawasan C merupakan satu daerah pentadbiran yang diwujudkan di bawah Perjanjian Oslo pada 1995. Antara 1988 dan tahun lalu, Israel mengeluarkan lebih 14,000 perintah perobohan terhadap struktur yang dimiliki Palestin yang kini berbaki 11,000 buah struktur.

“Dalam kebanyakan kes, perintah yang sama mensasarkan pelbagai struktur yang dimiliki oleh keluarga yang sama contohnya kediaman, pusat perlindungan haiwan, bilik stor, dan tandas,” kata laporan itu.

Susulan itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan tentang kesan perobohan yang dicadangkan itu yang berkemungkinan akan menjejaskan penduduk Palestin.

“Keadaan ini akan menyebabkan kemusnahan kediaman miskin Palestin, sesetengah daripada mereka mempunyai risiko untuk masa depan,” kata laporan itu. – Agensi 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?