Isu Altantuya dimainkan semula usaha jatuhkan pemimpin negara: Najib

najib-melaka

PEKAN, Sabtu – Kes Altantuya yang sudah lama tenggelam tetapi dibangkitkan semula baru-baru ini, seolah-olah satu konspirasi untuk menjatuhkan kepemimpinan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, media antarabangsa dilihat turut memainkan peranan dalam komplot menjatuhkan kepemimpinan negara yang turut membabitkan individu ‘atasan’ di dalam dan luar negara.

Berucap pada mesyuarat Umno Bahagian Pekan di sini, hari ini, Najib sekali lagi menafikan beliau pernah bertemu dengan wanita Mongolia itu.

“Tiada gambar, bukti dan tiada SMS (khidmat pesanan ringkat) dan ia dimainkan semula.

“Kes ini sudah bertahun tenggelam dan kini dibangkitkan semula,” katanya.

Keadaan ini, katanya, sama dengan situasai menjatuhkan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang dituduh memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

“Sekarang lihat apa berlaku kepada Iraq hari ini. Mereka tiada bukti dan kemudian menceroboh negara itu. Sekarang Amerika menyesal perbuatan mereka,” katanya.

Khamis lalu, stesen televisyen Al Jazeera dalam program isu semasa 101 East mendakwa Altantuya mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri dan dua individu yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia itu mempunyai kaitan dengan Najib.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?