ISU DEIG: Noh dakwa MB Selangor tipu Sultan beri zakat

deig-serah-zakat-2

BANGI, Sabtu – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dituduh menipu Sultan Selangor apabila menyerahkan zakat bagi pihak Darul Ehsan Investment Group (DEIG), sedangkan pada masa sama beliau menyatakan bahawa syarikat itu akan beroperasi tahun depan.

Tuduhan itu dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, selepas melihat gambar replika cek yang mempunyai simbol DEIG yang diserahkan oleh Sultan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 6 Julai lalu.

Penyerahan cek itu sekali gus menunjukkan DEIG adalah sebuah syarikat pelaburan yang telah beroperasi kerana telah membayar zakat sebanyak RM2.5 juta kepada LZS.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya pada 7 September lalu, LZS menafikan menerima zakat daripada DEIG.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali dilaporkan berkata, DEIG tidak pernah membuat sebarang pembayaran zakat, malah hasil semakan juga mendapati tiada rekod ber­kenaan syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri itu.

“DEIG belum lagi memenuhi syarat untuk menunaikan zakat perniagaan memandangkan sya­rikat tersebut baru ditubuhkan sedangkan salah satu daripada syarat untuk menunaikan zakat perniagaan adalah cukup haul,” katanya.

nohh

Noh Omar

Noh berkata: 

“Saya lihat ada satu cek lambang DEIG, apa tujuan simbol itu diletakkan? Apa tujuan serahkan cek kepada Lembaga Zakat? Bermakna beliau cuba menipu Sultan, dia persembahkan cek yang ada lambang DEIG yang belum beroperasi.

“Kalau betul belum beroperasi, mengapa lambang diletakkan dekat cek dan diserahkan kepada LZS yang waktu itu Sultan pun ada? maksudnya cek itu hasil dari DEIG, nampak terang-terang menipu Sultan,” katanya semalam.

Kelmarin, Setiausaha Adun BN Selangor, Budiman Mohd Zohdi pada sidang medianya melampirkan beberapa keratan gambar sebagai bukti yang zakat sebanyak RM2.5 juta telah diterima oleh LZS dalam bentuk replika cek bertarikh 6 Julai 2015.

Ia jelas membuktikan bahawa DEIG sudahpun beroperasi dan ia perlu disiasat dengan segera.

Selasa lalu, Azmin yang mengulas minat Jabatan Audit Negara untuk menyiasat DEIG berkata, syarikat itu hanya akan beroperasi tahun depan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?