‘Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang’: Tun M
BANGI, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada ahli UMNO sekiranya masih sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa, mereka perlu menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya.
“Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.
“Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai,” kata bekas Perdana Menteri itu.
Menerusi tulisan terbaru bertajuk ‘Wahai Ahli Umno’ di blognya chedet.cc hari ini, Tun Dr Mahathir berkata jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang.
“Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN.
“Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain,” katanya.
Dalam pada itu, tambah beliau, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak, mereka semua termasuk Melayu, Cina dan India akan menolak BN kerana kepimpinan Najib.
Ketika itu katanya, UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai daripada mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan