Jurukamera wanita sadung kaki pelarian Syria dibuang kerja

jurukamera wanita hungaryHUNGARY, Rabu – Ketika berpuluh pelarian cuba melarikan diri daripada pihak polis semalam, seorang jurukamera wanita dirakamkan telah menyadung kaki beberapa orang pelarian termasuk seorang lelaki yang sedang mengendong anaknya sehingga menyebabkan mereka jatuh.

Suasana itu telah dirakam oleh seorang wartawan Jerman di sebuah kem berhampiran sempadan Hungary-Serbia.

Menurut sebuah laman berita Hungary, 444.hu, jurukamera wanita tersebut bekerja di sebuah stesen penyiaran, Hungary N1TV dan telah dipecat setelah tersiarnya rakaman berkenaan.

“Hari ini, seorang kakitangan N1TV telah melakukan sesuatu yang tidak boleh diterima di pusat pelarian Roeszke. Jurukamera itu telah ditamatkan kerjanya berkuatkuasa serta merta,” mengikut satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook stesen TV itu.

Video itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat di media sosial yang mengutuk tindakan jurukamera wanita itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

Krisis pelarian di Eropah telah mendapat perhatian dunia minggu lalu apabila gambar seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terdampar di tepi pantai Turki, sehingga menyebabkan seruan dibuat terhadap pemimpin dunia untuk memberi perhatian kepada masalah pelarian dan perang saudara yang berlaku di Syria.

Sebelum ini, Hungary bertindak menolak kemasukan pelarian ke negara itu dan menyebabkan pelarian cuba memasuki negara lain seperti Austria dan Jerman. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?