KATA PEDANG: Tiap tahun dilanda jerebu, sampai bila?

Bacaan IPU setakat 10 pagi ini. Sumber apims.doe.gov.my/v2/

Bacaan IPU setakat 10 pagi ini. Sumber apims.doe.gov.my/v2/

HARI ini Pedang terpaksa menulis isu jerebu meskipun ada dua tiga isu lain yang menarik untuk dikupas.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar-bandar utama menunjukkan bacaan tidak sihat (101-200) pada pagi ini.

Malam tadi, Menteri Pendidikan telah mengeluarkan arahan supaya sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada hari ini.

Jadual 29 penerbangan domestik pesawat AirAsia juga telah terganggu akibat jerebu.

Selain itu, banyak pihak telah membatalkan aktiviti luar termasuk Isma Hulu Langat yang sebelum ini merancang mengadakan Karnival Anak Watan sempena sambutan Hari Malaysia esok biarpun persiapan telah dibuat sejak 2 bulan lalu.karnival anak watan

Tapi kita belum pula mendengar pembatalan Himpunan Baju Merah esok. Kalau mereka berhimpun, Pedang berpesan jangan lupa memakai topeng muka.

Hakikatnya, jerebu bukan isu kecil, ia adalah isu besar yang melibatkan semua pihak dalam segenap lapangan termasuk pendidikan, perniagaan, pelancongan dan lain-lain.

Satu fakta yang kita tak boleh nafikan ialah masalah jerebu adalah masalah yang berulang setiap tahun.

Antara langkah yang telah diambil ialah negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997).

Pada tahun 2002, semua negara ASEAN termasuk Indonesia telah menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Malangnya, masalah ini masih terus berlaku saban tahun.

Ada pihak berkata ia berpunca daripada kebakaran di beberapa kawasan di Indonesia. Ada hutan terbakar sendiri akibat cuaca panas, ada juga kebakaran yang dibuat sendiri untuk pembersihan tanah untuk pertanian.

Apa yang pasti, ia bukan fenomena alam yang tidak boleh dielakkan. Ia adalah kerosakan akibat tangan rakus manusia yang tidak bertanggungjawab.

Persoalan sekarang, sampai bila?

KATA PEDANG: Pendekatan diplomatik di peringkat ASEAN nampaknya tidak berjaya. Kerajaan mesti fikir jalan lain demi rakyat. Kalau dah tiap tahun berlaku masalah sama, ini bukan salah orang lain sahaja, ini salah kita juga.Kata-Kata-Pedang-ISMAweb

Penafian: Kata-Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang dan pandangan yang dilontarkan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebagai pertubuhan Melayu dan Islam sederhana.

LAGI…

KATA PEDANG: Setuju Melayu pimpin Malaysia, tapi yang bagaimana?
KATA PEDANG: Jangan celupar terhadap Islam, Melayu
KATA PEDANG: ‘Sampah’ kuning disambung dengan ‘sampah’ merah
KATA PEDANG: PAS ajar PKR, DAP berpolitik
KATA PEDANG: Islam kena memimpin, bukan dipimpin

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?