Kongres Rakyat: Ratusan peserta tak dapat masuk auditorium

kongress

Oleh Siti Fatimah Ishak

SHAH ALAM, Sabtu – Kehadiran peserta Kongres Rakyat anjuran PAS di Shah Alam hari ini di luar jangkaan apabila ratusan peserta tidak dapat memasuki dewan auditorium.

Kebanyakan mereka hanya duduk bersila di luar dewan setelah setiap sudut auditorium sudah dipenuhi dengan peserta yang mendaftar lebih awal.

Setiausaha kongres, Nasrudin Hassan, berkata pada mulanya jawatankuasa mahu menempah Stadium Malawati bagi menjayakan program itu.

Bagaimanapun stadium berkenaan masih dalam proses ubah suai dan tidak dibuka untuk sebarang majlis.

Kongres ini difahamkan menjadi platform bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi rakyat untuk diketengahkan kepada pihak bertanggungjawab termasuk kerajaan memerintah.

Antara usul yang dibahaskan hari ini dibahagikan kepada enam kelompok utama iaitu sektor ekonomi, politik, pendidikan, keselamatan, kebajikan dan undang-undang atau urus tadbir negara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?