Mara tak beku pinjaman kepada pelajar di Mesir

annuar-musa

KOTA BHARU, Isnin – Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak membekukan pinjaman kepada pelajar tajaannya yang menuntut di Mesir, kata Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, pelajar di bawah tajaan Mara masih meneruskan pengajian mereka di negara itu seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, Mara mengurangkan penghantaran pelajar perubatan ke luar negara secara berperingkat selepas menerima nasihat Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berikutan keperluan terhadap pakar perubatan telah mencukupi.

“Selepas MMC mengeluarkan arahan, Mara terpaksa buat secara selektif, mana-mana negara atau universiti yang menunjukkan prestasi tinggi, kita beri keutamaan untuk mengekalkan penghantaran.

“Jadi, bagi negara yang mempunyai masalah seperti politik, keselamatan, mutu pelajar kita terpaksa buat penilaian semula dan Mesir adalah salah satu negara tersebut,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negeri Kelantan.

Annuar berkata, Mara menyokong rayuan Pertubuhan Kebangsaan Ibu Bapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir Malaysia (Muafakat Mesir) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru- aru ini.

Oleh itu, Mara akan mencari jalan terbaik untuk membantu pelajar di Mesir, supaya pengajian mereka tidak terhenti di separuh jalan.

“Sekarang ini kita ikhtiarkan skim pinjaman bersama bank yang belum diperluaskan kepada golongan mahasiswa,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?