Melayu jangan menang sorak kampung tergadai: Ridhuan Tee

ridhuan-tee

Oleh RZ

BANGI, Isnin – Pendakwan bebas, Ustaz Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan bangsa Melayu supaya tidak ‘menang sorak kampung tergadai’ sebaliknya perlu menumpukan kepada perkara yang lebih berfaedah.

Sambil mengkritik rancangan kumpulan baju merah hendak mengadakan perhimpunan 16 September ini sebagai tindak balas kepada Bersih 4.0, beliau berharap bangsa Melayu membuka mata supaya tidak terlalu beremosi dan berhenti daripada melakukan kerja-kerja kurang bermanfaat.

Beliau berkata, bangsa Melayu tidak perlu mengikut rentak kumpulan itu termasuk ultra kiasu jika mahu menunjuk siapa lebih kuat atau jumlah penyertaan yang banyak.

Katanya, ultra kiasu berani kerana mereka sudah berada di tempat yang kukuh, manakala kewangan mereka mantap dan perpaduan mereka juga kukuh.

“Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada berpuluh kumpulan.

“Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya,” tulis beliau dalam Sinar Harian, hari ini.

Memberi contoh supaya Melayu mengambil pengajaran daripada ultra kiasu, Ustaz Ridhuan Tee berkata, seorang menteri Singapura dengan jelas menyindir Malaysia apabila membuat kenyataan ketika kempen pilihan raya negara itu pada 11 September lalu.

“Kata menteri Singapura itu, nasib baik bapanya mendarat di Singapura dari negara China, dan kini dia menjadi warga Singapura. Jika dia mendarat di Tanah Melayu, sudah tentu dia menjadi warga Malaysia selepas berpisah pada tahun 1965.

“Malaysia dituduh sebagai negara rasuah, rasis dan berbagai lagi yang negatif. Hebat sangatkah Singapura hari ini? Tidak hairan Singapura maju kerana saiznya sekangkang kera. Bolehkah Singapura maju tanpa kita?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap bangsa Melayu memikirkan bagaimana hendak melahirkan lebih ramai umat Islam yang menjadi pengeluar, bukannya pengguna semata-mata.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?