Mesyuarat MT UMNO berjalan baik, Muhyiddin kekal
BANGI, Rabu – ‘Mesyuarat baik saja, tak ada pergaduhan’, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi, hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat tersebut berlangsung dalam keadaan baik tanpa sebarang kekecohan yang berlaku.
“Kalau bergaduh mesti keluar lebam-lebam,” katanya ringkas kepada pemberita.
Sementara itu, timbalan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengakui bahawa mesyuarat tersebut berjalan lancar.
“Saya Umno totok,” katanya ketika ditanya berkaitan pendirian parti selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang mengatakan 3 pemimpin Umno Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz antara yang bakal dipecat dalam mesyuarat hari ini.
Khabar angin mengenai pemecatan tiga pemimpin parti tersebut telah mengumpulkan kira-kira lebih 100 orang penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin di PWTC, petang tadi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan