Polis kata Morais hilang kerana diculik, berdasarkan rakaman cctv
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
“Sekarang ini polis membuat pemeriksaan CCTV termasuk CCTV milik persendirian dan siasat secara menyeluruh.
“Polis akan keluarkan ‘footage’ CCTV apabila tiba masanya dan biar kita teliti dulu rakaman CCTV itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Zainuddin berkata polis patut diberi raung untuk menyiasat kes itu.
Ditanya sama ada keluarga atau kawan terdekat Morais ada menerima panggilan atau ugutan daripada penculik, Zainuddin berkata setakat ini tiada apa-apa panggilan telefon diterima oleh mereka.
Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau juga dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Pada Isnin lalu polis menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat kes itu yang diketuai oleh Zainuddin sendiri.- Bernama
Ulasan
Catat Ulasan