Skuad Harimau Malaya pamer aksi lebih baik, penyokong sebaliknya

suar um
KUALA LUMPUR, Rabu – Skuad Harimau Malaya mempamerkan permainan jauh lebih baik berbanding aksi di Abu Dhabi, biarpun ketinggalan 2-1 kepada Arab Saudi dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Malaysia yang tampil dengan corak bertahan mendapat gol pertama perlawanan hasil jaringan Safiq Rahim di minit ke-70, sebelum Arab Saudi membalas dua gol menerusi Taisir Al-Jassim dan Mohammad Al-Sahlawi masing-masing pada minit ke-73 dan 76.

Bagaimanapun, perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-84 oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man apabila penyokong skuad negara membuat kecoh dengan melemparkan mercun dan suar ke atas padang dan mereka turut memukul dua orang penyokong Arab Saudi.

Keadaan penyokong semakin tidak terkawal selepas mercun yang dilempar hampir mengenai pemain Malaysia berdekatan dengan bangku simpanan, oleh itu kedua-dua pasukan diarahkan untuk berlindung di dalam bilik persalinan.

Difahamkan, seramai 530 anggota keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal keadaan, namun mereka masih melemparkan mercun dan suar ke arah penyokong Arab Saudi yang kebanyakannya membawa kanak-kanak.

Ketika Ong Kim Swee menjadi pemangku jurulatih pada Mac 2014, kejadian serupa turut tercetus di Stadium Majlis Perbandaran Selayang ketika melibatkan perlawanan Harimau Malaya dengan Filipina.

Ultras Malaya turut menyanyikan lagu Bangsat FAM sebagai tanda protes kepada persatuan itu berikutan prestasi tidak cemerlang skuad negara di peringkat antarabangsa.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?