Ahli-ahli Isma mesti tinggikan kemuliaan Islam

photo17123863266699941

Oleh: Adli Adnan

JOHOL, 30 Dis – Ahli-ahli Isma diingatkan agar sentiasa meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi sejajar dengan kemuliaan dan keistimewaan Islam itu sendiri.

Hal ini disampaikan oleh Yang Dipertua Isma cawangan Kuala Pilah, Ustaz Nor Hisham bin Abu Hassan dalam Hari Keluarga Isma Kuala Pilah di Kampung Melekai, baru-baru ini.

Menurutnya, tahun 2016 dijangka menjadi tahun yang lebih mencabar bagi para pendakwah Islam, khususnya ahli-ahli Isma.

hk isma k pilah

“Pertembungan antara hak dan batil ibarat buku bertemu ruas dan menjadi keutamaan kepada kita untuk keluar mentarbiyah masyarakat agar mereka sedar Islam itu tempatnya yang paling tinggi sekali,” jelasnya.

Hari Keluarga Isma Kuala Pilah ini diadakan bertujuan untuk mempertemukan ahli-ahli Isma di sekitar Kuala Pilah, Bahau, Serting dan Johol dalam satu acara tahunan dalam mengeratkan ukhuwah dan beraktiviti sesama mereka.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian