Akmal Nasir nafi memfitnah Jamil Khir berhubung dana YaPEIM

AKMAL_NASIR_CEO_NOW_20150701_TMIKAMAL_ARIFFIN_03

KUALA LUMPUR, Selasa — Pengarah National Oversight and  Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir menafikan beliau memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai pemergian menteri itu ke luar negara.

Dalam kenyataan pembelaannya yang dihantar kepada media hari ini, Akmal berkata kenyataan beliau berhubung dana itu dibuat di bawah perlindungan bersyarat kerana kata-kata yang beliau ucapkan bertujuan menyuarakan isu kepentingan awam serta yang menjadi kebimbangan orang ramai.

Dalam kenyataan yang difailkan semalam, Akmal berkata sebagai orang awam, beliau mempunyai tugas dari segi moral dan sosial untuk menyampaikan aduan, manakala orang ramai pula berminat untuk mendapatkan maklumat itu secara sah.

Katanya, beliau mengeluarkan kata-kata itu bagi menyuarakan pandangan dan komen orang ramai secara adil tentang suatu perkara kepentingan awam dan kenyataan yang beliau keluarkan itu adalah benar dan merupakan fakta.

Pada 19 Nov, Jamil Khir menyaman Akmal (atau Nasrullah Mohd Akmal Mohd Nasir), yang juga ketua publisiti PKR Johor, kerana memfitnah beliau ketika Akmal memberi kenyataan kepada media dan melalui laman sesawang NOW pada 13 Nov. Mahkamah Tinggi menetapkan 12 Jan sebagai tarikh pengurusan kes.— Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian